“ Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya” (Riwayat al-Bukhari)

Sabtu, 15 Oktober 2011

PENGINTEGRASIAN ICT DALAM PROSES P&P PENDIDIKAN ISLAM

        Guru-guru pendidikan Islam memikul tanggungjawab yang besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Sukatan mata pelajaran pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, fiqih, alquran merupakan pembelajaran yang memerlukan pelbagai kaedah dan Alat Bantu Mengajar (ABM) agar pembelajaran dapat lebih berkesan serta menyeronokkan.Namun beberapa kajian yang dijalankan mendapati guru-guru pendidikan Islam masih berada pada tahap yang rendah menjadikan komputer sebagai budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ini disebabkan oleh kurangnya, kemahiran serta nilai sikap dari guru tersebut.
       Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar sekolah.

Suke blog saya ?
silalah follow :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan