“ Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya” (Riwayat al-Bukhari)

Sabtu, 15 Oktober 2011

Isu-isu Semasa Penggunaan ICT Dalam P&P Pendidikan Islam.


Menurut kajian Ab. Halim Tamuri dan Nik Mohmd Rahimi Nik Yusuf (2010) terdapat tujuh domain yang menjadi isu utama yang dikenal pasti dalam proses Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam, iaitu: mengenai strategi, kurikulum, bahan pengajaran, amalan P&P, prospek para pelajar sekolah agama, pencapaian silang mata pelajaran, dan kemahiran generik.
Kajian Ab. Halim (2000) berkaitan dengan pengajaran akhlak dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di Selangor dan Negeri Sembilan. Hasil daripada temu bual yang dijalankan terhadap 27 orang pelajar, didapati
lapan orang pelajar menyatakan bahwa mereka menghadapi masalah dalam pengajaran yang diberikan. kajian yang dilakukan oleh Azizan (2001) tentang penggunaan komputer dan internet dalam kalangan guru pendidikan Islam, didapati bahawa tahap penggunaan perisian pendidikan dan cakera padat dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. Masalah kekurangan kemudahan komputer masih berlaku pada kajian ini
Kajian yang dilakukan dalam pengajaran pendididkan Syariah Islamiyah oleh Hatifah (2000) menyatakan 44% (22) daripada guru tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada pentabir, 56% (28) tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada kakikatangan sumber dalam rangka perancangan pengajaran, selain itu 80% guru menyatakan tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada pegawai pendidikan daerah. Dalam pembinaan alat bantu pengajaran (ABP) pula, 76% guru tidak pernah menyediakan ABP sendiri, manakala 54% guru menyatakan pihak sekolah turut menyediakan ABP pendidikan Islam untuk mereka.
Hatifah juga mendapati bahawa guru sangat kurang menggunakan alat pandang dengar seperti komputer (72%) dan televesien (54%) alat video (52%) radio (50%) dan menggunakan kaset (46%). Sebaliknya mereka kerap menggunakan buku teks (82%) dan mereka sangat kerap menggunakan papan hitam. Secara umum penggunaan alat audio dan pandang dengar adalah sangat rendah.
Hasil kajian Hj Said Draman (2001) pula meninjau persepsi guru pendidikan Islam terhadap tahap penggunaan komputer dalam pendidikan. Fokus kajian tertumpu kepada pengetahuan dan pemahaman guru-guru pendidikan Islam dalam aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer. Responden terdiri daripada 120 orang guru dari 14 buah sekolah di daerah hulu Langat. Analisis kajian mendapati bahawa pengetahuan dan pemahaman guru pendidikan Islam mengenai aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer adalah pada aras yang rendah dan perlu kepada cadangan dan langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
Abdul Manan (1999) kajian terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan Islam di sekolah menengah menyatakan hanya separuh dari sekolah yang dikaji mempunyai kemudahan peralatan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Berikutan itu, ia mempengaruhi dapatan kajian terhadap penggunaan komputer di kalangan guru. Hasil dapatan kajian mendapati, guru-guru kurang berminat menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutama guru-guru perempuan. Selain itu, pengetahuan guru terhadap computer juga turut berkurang.
Sebagai kesimpulan dari hasil kajian yang dilakukan oleh peyelidik di atas, maka penulis mendapati bahawa didapati penggunaan ICT dalam P&P Pendidikan Islam masih pada tahap yang rendah disebabkan:
  1. Kurang pakar dalam bidang ICT
  2. Kurangnya ketersediaan Alat Bantu Mengajar (ABP) samada disediakan sendiri atau pihak pentabdir sekolah.
  3. Kurangnya perhatian dari pihak KPM dari pelbagai hal, pelatihan, persediaan alat, dan lainnya.
 Wallah hu'aklam.....
Suke blog saya ?
silalah follow :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan