“ Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya” (Riwayat al-Bukhari)

Ahad, 30 Oktober 2011

Mari Mengaji


Suke blog saya ?
silalah follow :)

Kaedah al-Baghdadi


Suke blog saya ?
silalah follow :)

Bacaan Surah al-Fatihah


Suke blog saya ?
silalah follow :)

Sabtu, 15 Oktober 2011

Kaedah Pengajaran Tilawah Al-Quran

Tilawah al-Quran ialah sutu komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Dalam pelajaran ini dipecahkan kepada tiga, iaitu:

1. Tilawah
2. Kefahaman
3. Tahfiz.

Pengajaran Tilawah Al-Quran

Dalam Tilawah penekanan diberikan kepada bacaan Al-Quran secara bertajwid. Maksudnya memperbaiki bacaan Al-Quran pelajar. Dengan demikian, haruslah banyak membincangkan mengenai cara bacaan yang betul. Ini termasuklah sebutan makhraj huruf, sifat huruf, dengung, mad, dan sebagainya. Untuk ini guru mestilah membaca dahulu ayat-ayat yang hendak dipelajari dengan baik, betul, dan fasih. Kemudian diikuti dengan bacaan pelajar beramai-ramai, seterusnya bacaan pelajar secara kumpulan dan perseorangan.

Selepas itu baru bincangkan hukum bacaan. Guru keluarkan hukum-hukum tertentu, misalnya Nun Sakinah bertemu dengan Sin, Nun dan To, bagaimana cara membacanya. Jawapannya; dengung. Maka guru tunjukan

Mengenal Huruf


Suke blog saya ?
silalah follow :)

Nyanyian Huruf Hijaiyah


Suke blog saya ?
silalah follow :)

Renungan


Nabi s.a.w pernah bersabda :
"Berapa ramai daripada kalangan pembaca, membaca Al-Quran ,tetapi ketika dia sedang membaca Al-Quran itu,Al-Quran pula melaknat dia".
                                       
Riwayat Al-Bukhari
   Di antara sebab-sebab mereka dilaknati adalah kerana mereka membaca Al-Quran dengan tidak bertajwid seperti yang diajar oleh Nabi s.a.w..
  • Bagaimana pula dengan orang yang tidak tahu langsung membaca Al-Quran??
  • Layakkah mereka mendapat Syafaat Al-Quran di akhirat kelak??
  • Adakah Sah solat mereka??
Renungkanlah diri kita.Di manakah diri kita sekarang, dan ke mana arah hidup kita.....
Suke blog saya ?
silalah follow :)

Isu-isu Semasa Penggunaan ICT Dalam P&P Pendidikan Islam.


Menurut kajian Ab. Halim Tamuri dan Nik Mohmd Rahimi Nik Yusuf (2010) terdapat tujuh domain yang menjadi isu utama yang dikenal pasti dalam proses Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam, iaitu: mengenai strategi, kurikulum, bahan pengajaran, amalan P&P, prospek para pelajar sekolah agama, pencapaian silang mata pelajaran, dan kemahiran generik.
Kajian Ab. Halim (2000) berkaitan dengan pengajaran akhlak dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di Selangor dan Negeri Sembilan. Hasil daripada temu bual yang dijalankan terhadap 27 orang pelajar, didapati

PENGINTEGRASIAN ICT DALAM PROSES P&P PENDIDIKAN ISLAM

        Guru-guru pendidikan Islam memikul tanggungjawab yang besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Sukatan mata pelajaran pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, fiqih, alquran merupakan pembelajaran yang memerlukan pelbagai kaedah dan Alat Bantu Mengajar (ABM) agar pembelajaran dapat lebih berkesan serta menyeronokkan.Namun beberapa kajian yang dijalankan mendapati guru-guru pendidikan Islam masih berada pada tahap yang rendah menjadikan komputer sebagai budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ini disebabkan oleh kurangnya, kemahiran serta nilai sikap dari guru tersebut.
       Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar sekolah.

Suke blog saya ?
silalah follow :)